MAJLIS MAKAN MALAM AMAL PIBG

Majlis Makan Malam Amal anjuran bersama PIBG SMK USJ 13 bagi mencari dana untuk aktiviti dan memperbaiki prasarana sekolah.

..baca berita penuh.

MAJLIS ORIENTASI TINGKATAN SATU DAN PERALIHAN SESI 2020

Tarikh : 31 Dec 2019 (Selasa)
Masa : 8.30-12.30 Tengahari
Tempat : Laluan Bestari,SMK USJ 13. 

..baca berita penuh.

TAKLIMAT DISIPLIN

Taklimat dijalankan kepada murid-murid lelaki dan perempuan bagi membendung masalah disiplin sekolah

..baca berita penuh.

MAJLIS PELANTIKAN PEMIMPIN MUDA 2019

Majlis Pelantikan telah diadakan dengan majlis penuh makna pada 22 Julai 2019. 

..baca berita penuh.

Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarokatuh dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T. kerana saya telah diberikan kesempatan untuk menyampaikan sepatah dua kata di dalam ruang ini.

          Selaras dengan hasrat kerajaan ke arah mentransformasikan negara menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi, maka sekolah ini harus sentiasa cakna dan seiring dengan dasar Kementerian Pendidikan Malaysia. Ini penting agar aspirasi negara dalam mempersiapkan generasi muda untuk menghadapi keperluan abad ke-21, dan peningkatan harapan ibu bapa serta masyarakat terhadap dasar pendidikan negara dapat direalisasikan dengan jayanya.

          Pelbagai usaha telah diambil oleh pihak sekolah bagi menempa kejayaan pelajar dalam bidang kurikulum, kokurikulum mahupun sahsiah dan jati diri. Sesungguhnya kejayaan yang dicapai tidak hanya daripada hasil usaha individu semata-mata, malahan hasil kerjasama secara kolektif yang jitu daripada semua warga SMK USJ13, PIBG, staf sokongan serta agensi-agensi yang berkaitan. Malahan kejayaan yang berterusan juga turut didokong oleh aspek perancangan, kepemimpinan organisasi dan pemantauan yang berterusan. 

          Akhir kata, sebagai wakil daripada pihak pentadbiran sekolah, saya ingin melafazkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada guru-guru, para pelajar dan ibu bapa atas sokongan dan kerjasama anda bagi memartabatkan nama SMK USJ13.

Sekian, terima kasih.

 

PUAN HAJAH MAZNI BINTI MOHD SHERIFF

Pengetua

Sekolah Menengah Kebangsaan USJ13

Go to top
Template by JoomlaShine