MESYUARAT AGUNG PIBG SMKUSJ13 KALI KE-20 

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-20 telah selamat dijalankan pada 22 Februari 2020 dan dirasmikan oleh Timbalan PPD PP, Tuan Musa bin Ismail.

..baca berita penuh.

SEKITAR MAJLIS PENYERAHAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM 2019

Tarikh : 05 Mac 2020
Masa : 10.00 Pagi
Tempat : Dewan Budiman SMK USJ 13

..baca berita penuh.

INFOGRAFIK COVID-19

Maklumat infografik pencegahan penularan wabak covid-19

..baca berita penuh.

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2019

Majlis Anugerah Cemerlang 2019 telah disempurnakan oleh Tuan PPD PP iaitu Tuan Abu Mansor Bin Shatri

..baca berita penuh.

MAKLUMAN TERKINI:

MAKLUMAN PERUBAHAN MASA MENYUKAT SUHU DAN SESI PEMBELAJARAN

MAKLUMAN PENUTUPAN SEKOLAH DI ZON MAYA DAERAH PETALING

MAKLUMAN JADUAL KELAS ONLINE SEMASA PENUTUPAN SEKOLAH DI ZON MAYA DAERAH PETALING

MOTO

Berusaha :      Melahirkan pelajar yang mempunyai daya usaha yang tinggi tanpa mengenal putus asa untuk mencapai kejayaan.

Berilmu:          Membentuk pelajar yang berpengetahuan luas dalam segenap bidang.

Beramal:         Melahirkan pelajar yang mempraktikkan ilmu dan nilai-nilai murni yang dipelajari untuk kepentingan agama, bangsa dan Negara. 

 

VISI DAN MISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

 

VISI

Pendidikan Berkualiti,  Insan Terdidik, Negara Sejahtera

 

MISI

Melestari Sistem Pendidikan  Yang Berkualiti Untuk Membangunkan

Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara

 

 

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

 

Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

 

  

MATLAMAT SEKOLAH

  • Menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif untuk melahirkan pelajar yang mencapai keputusan akademik yang cemerlang.

 

  • Mewujudkan peluang yang meluas untuk perkembangan bakat dan potensi pelajar dalam bidang kokurikulum dan memperluas penyertaan kegiatan pelajar di luar sekolah.

 

  • Membina sahsiah pelajar yang sihat dan positif melalui konsep penambahbaikan berterusan ke arah pelanggaran disiplin sifar.

 

  • Mewujudkan iklim sekolah yang menyeronokkan melalui sekolah dan perkhidmatan penyayang untuk membentuk generasi Malaysia penyayang.

 

  • Menggalakkan komitmen staf dan perkembangan ikhtisas staf melalui kursus dan program perkembangan staf.

 

PIAGAM PELANGGAN

 

Menyedari hakikat bahawa kejayaan sesebuah sekolah bukan sahaja terletak di bahu warga pendidik tetapi juga kerjasama dan sokongan daripada pelajar, ibubapa dan masyarakat, maka SMK USJ 13 akan berusaha untuk :


  • Mewujudkan suasana yang selesa bagi kecemerlangan kurikulum, kokurikulum dan sahsiah pelajar.
  • Meningkatkan kualiti pengajaran tenaga pendidik.
  • Menjalin hubungan mesra dan kekeluargaan yang erat di kalangan guru, kakitangan, ibubapa dan masyarakat.

 

Go to top
Template by JoomlaShine