MAJLIS MAKAN MALAM AMAL PIBG

Majlis Makan Malam Amal anjuran bersama PIBG SMK USJ 13 bagi mencari dana untuk aktiviti dan memperbaiki prasarana sekolah.

..baca berita penuh.

MAJLIS ORIENTASI TINGKATAN SATU DAN PERALIHAN SESI 2020

Tarikh : 31 Dec 2019 (Selasa)
Masa : 8.30-12.30 Tengahari
Tempat : Laluan Bestari,SMK USJ 13. 

..baca berita penuh.

TAKLIMAT DISIPLIN

Taklimat dijalankan kepada murid-murid lelaki dan perempuan bagi membendung masalah disiplin sekolah

..baca berita penuh.

MAJLIS PELANTIKAN PEMIMPIN MUDA 2019

Majlis Pelantikan telah diadakan dengan majlis penuh makna pada 22 Julai 2019. 

..baca berita penuh.

Majlis telah berlangsung pada 22 Julai 2019 dan telah dirasmikan oleh ASP Yusmin bin Yusof dari Balai Polis USJ 8. YDP PIBG Encik Suhaimi bin Dasir turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis. Majlis ini diadakan bagi menghargai murid-murid pemimpin muda yang telah berbakti kepada sekolah dalam melancarkan urusan hal ehwal murid dalam pelbagai bidang. Lantikan pemimpin baharu yang terdiri daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 4 juga diraikan pada majlis tersebut. Pengawas BUDI (27 murid), PRS (38 murid), Pengawas Koperasi (21 murid) , Pengawas Pusat Sumber (27 murid) dan Pengawas (35 murid). 

Siti Fatima Atiqa binti Mohd Radzuan dari kelas 4 Cekal telah dilantik sebagai Ketua Pengawas bagi sesi 2019/2020 bagi menggantikan Joyce Ng Kar Yee. Clarine Khoo En Ling dilantik sebagai Ketua Pengawas Koperasi, Aziema Nadia Raja Abd Aziz sebagai Pengerusi PRS, dan Kamil Astar bin Iskandar sebagai Ketua Pengawas BUDI. Diharap pelantikan baharu jawatankuasa bukan hanya dapat mengekalkan prestasi kepimpinan badan pemimpin muda masing-masing  malah melonjakkan lagi momentum sebagai satu pasukan yang jitu.

                 

       

Go to top
Template by JoomlaShine