PERSEDIAAN PEMBUKAAN SEKOLAH PKPP MURID TINGKATAN 5
Seiring dengan makluman oleh Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Y.B Menteri Pendidikan Malaysia bertarikh 10 Jun 2020, SMK USJ 13 akan dibuka semula untuk sesi pembelajaran khusus murid-murid Tingkatan 5 sahaja bermula 24 Jun 2020 (Rabu). Sehubungan dengan itu, pihak sekolah bersama-sama pihak PIBG telah membuat persediaan teliti bagi memastikan murid-murid belajar dengan suasana yang kondusif berdasarkan garis panduan pembukaan sekolah yang telah ditetapkan oleh KPM.